Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Selasa, 3 Januari 2012

Petua Untuk Anak Menduduki Peperiksaan

Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan khusnya di Universiti baik IPTA mahupun IPTS kerana bulan ini merupakan bulan menduduki peperiksaan buat anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, saya sekadar ingin berkongsikan sedikit ilmu untuk anak-anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Petua Anak Menduduki Peperiksaan
Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
p/s : Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!