Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Isnin, 23 Januari 2012

Cinta Robihah : Qua Anwary

First time dengar lagu ni kat THR Gegar,
time tengah dok belek2 gambar drpd Program di N9.
padahal lagu ni tahun lepas lagi dah wujud.
Biasalah orang ketinggalan.
Huhuhu...
Lepas tu apa lagi search kat Pakcik Google
dapatlah lagu ni
dan aku tulis lirik kat bawah ni supaya kau orang semua
boleh nyanyi sambil tengok seni katanya.
Senang sikit nak nyanyikan.
Kalau kau orang semua suka,
Layan! Tak suka pekak je telinga...
Hoo hooo...
Bagi aku best sangat 
tapi kau orang tak tahulah 
kau orang suka ke tak?
Selamat mendengar!






Qua Anwary : Cinta Robihah

Pertemuan
Tak ku sangka ku tergoda melihatnya
Setiap kali bertentang mata 
Terpesona hati ketika memandangnya
Kau Robihah
Gadis ayu manja dan jelita
Hati berdebar rasa dalam dada
Pabila mata bertentang mata

Lalu ku tanya pada Robihah Alamat rumahnya
Jalan satu dua rumah yang bernombor tiga
Rumah warna biru yang ada taman bunga

Teruja ku rasa 
Bila Robihah memberikan alamat rumahnya
Hajat rasa hati nak aku meminangnya
Tapi aku harus berjumpa orang tuanya

Cinta Robihah 
Itu aku yang punya 
Hanyalah dia wanita yang ku cinta

Cinta Robihah 
Dikaulah yang pertama 
Oh moga kekallah ke alam syurga

Teringat-ingat
Saat manis ketika di pertemuan antara kita
Terlanggar bahumu ketika aku turun di tangga
Terjatuh notamu mata kita bertentang mata
Kau Robihah hari demi hari kita bahagia bersama
Ku doakan moga kekal selamanya

Cintaku Robihah...
Kasihku Robihah...

Selasa, 3 Januari 2012

Petua Untuk Anak Menduduki Peperiksaan

Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan khusnya di Universiti baik IPTA mahupun IPTS kerana bulan ini merupakan bulan menduduki peperiksaan buat anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, saya sekadar ingin berkongsikan sedikit ilmu untuk anak-anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Petua Anak Menduduki Peperiksaan
Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
p/s : Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..

Sabtu, 31 Disember 2011

Detik,Minit,Jam,Hari,Minggu,bulan dan Tahun

ucapan selamat tahun baru sms KOLEKSI UCAPAN SMS SELAMAT TAHUN BARU 2012Tanpa kita sedari begitu cepat sekali waktu berputar dan kita sudah melangkah ke tahun baru 2012,Sepanjang tahun sebelumnya,banyak pengalaman dan kenangan suka duka yang telah berjaya ataupun gagal untuk di’tempuhi.Lantaran artikel ini,saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru 2012.Semoga permulaan tahun baru ini kita di’sulami dengan tekad dan iltizam yang jitu dalam memajukan diri
Berikut merupakan koleksi teks ucapan sms tahun baru 2012,Meriah’kan rakan taulan anda dengan ucapan teks sms Selamat tahun baru 2012

Selama mana’pun engkau menunggu aku,sesekali aku tidak akan berubah
Kerana aku bukanlah PoweR RangErz..=p
Selamat tahun baru 2012

“Raja Valentinus mengorbankan kepalanya demi Rakyatnya,..”
“Romeo mengorbankan nyawanya demi JuLiet…”
Tapi aku hanya mengorbankan RM0.30 demi untuk mengucapkan…
“Selamat tahun baru 2012,”

Tatkala aku menulis namamu di langit
tetapi awan datang menghapusnya
Lantas aku menulis namamu di pantai
tetapi pula ombak menghapusnya
Jadi di tahun baru 2012 aku menulis namamu di hatiku
tiada siapa  yang bisa menghapusnya..

A B C D E F G H I J
K L M N O P Q R S
T V W X Y Z
oops! i miss “U” in new year
happy new year 2012

JIWA akan sepi tanpa TEMAN.
HATI akan mati tanpa IMAN.
HARI ini adalah KENYATAAN,
SEMALAM adalah KENANGAN,
ESOK adalah IMPIAN.
Sucikan HATI,
Jernihkan PIKIRAN.
Sambutlah Tahun Baru 2012

Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup Anda dan cahaya jalan Anda melalui Tahun Baru. Berharap anda dan keluarga anda selalu selamat dan bahagia. Selamat Tahun Baru 2012.
Jadilah lilin. Jadilah cahaya. Jadilah sinar dalam gelap. Jadilah inspirasi & membuat perbezaan besar dalam hati lain, Selamat Tahun Baru 2012.
Hari ini adalah kesempatan baik untuk berdoa, untuk peduli, mencintai, untuk tersenyum, untuk mengatakan, Selamat Tahun Baru 2012.
Sebelum operator sibuk, sebelum SMS pending, sebelum bateri low, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2012.
Malam ini ‘kan berlalu, minggu ini ‘kan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini ‘kan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2012. Semoga selalu berjaya dan sejahtera.
Matahari menyelinap dibalik bukit, sembunyikan kenangan hidup, menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda, sebentar lagi akan menjelang. Selamat datang tahun baru 2012, harapan baru dan perubahan.
Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2012. Semoga selalu berjaya dan sejahtera.
p/s : sama spt azam-azam spt sebelum ini "hanya mahu menjadi lebih terbaik  & berjaya dalam hidup daripada sebelum ini".... assalamualaikum...

Jumaat, 23 Disember 2011

Keindahan matematik

Slm syg buat semua, agak lama tidak terupdate akan blog ini, begitu lama ia dtinggalkan begitu sahaja dek kekangan masa dan ke sibukan yg mengalahkan Menteri2 Besar je rasanye...hehehe.. so hari nie terdetik untuk mengupdate blog ini yg dah bersawang tidak diselenggara oleh tuan empuya Empayar ini... malas nak celoteh panjang jela hope anda semua dapat hayati dan fahami akan mesej yg sy nak sampai sebentar sahaja lagi kat bawah ini ea... sila baca dengan teliti dengan minda dan hati yang terbuka...^^,




Keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))


*p/s : so mcm mne perasaan anda semua sekarang adakah anda sudah mula mencintai akan MATEMATIK ini???? Tepuk dada tanya minda...hehehe...sekian,salam syg semua.....

Sabtu, 26 November 2011

Doa Awal Tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada Doa Akhir Tahun yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya atau pun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
.
Berikut adalah Doa Awal Tahun:
 

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang

Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
 .
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia ini…
.
Wallahu A’lam bishowab
.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

  • sahabat macam LIMO... - hepi bersama LIMO!! hahahahahahaha LIMO aku makin besar.. kau ade? hahaa Bagi yg xtaw lagi.. LIMO tu arnab aku.. Nama penuh dia COLLYMO.. tapi bila aku pn...
    12 beberapa jam yang lalu
  • Selamat Hari Guru!!! Cikgu! - Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini s...
    1 hari yang lalu
  • status di mukabuku - Sudah lama tak bersiaran, kali ni cuba mencuri masa mengisi kelompongan laman jiwa saya yang semakin hari, semakin lompang dengan ilmunya. Kali ini aku ma...
    1 minggu yang lalu
  • Percubaan Pertama - Aku sangat suka window shopping secara online. Rambang mata. Apatah lagi kalau barang2 dia tu pelik2 and sangat rare kat kedai2. Masa memula aku pakai tudu...
    2 beberapa blan yang lalu

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!