Assalamualaikum wbt para blogger semua..Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat sekalian, saya tertarik dengan lirik lagu terbaru dari Kumpulan Meet Uncle Hussein yang berjudul Pokok ini. Pada mulanya, saya sendiri terkejut dengan tajuknya tetapi apabila mendengar liriknya baharulah saya dapat menterjemahkan apa yang mahu disampaikan oleh kumpulan yang sangat berbakat ini. Tahniah untuk mereka kerana menghasilkan lirik lagu yang penuh dengan sinis ini.
Jika kalian hendak melihat video muziknya jemput ke sini. Dibawah disertakan lirik lagu Pokok ini yang membawa maksud yang amat mendalam ini. Pada pandangan kalian, apakah mesej yang hendak kumpulan ini utarakan melalui lagu Pokok ini. Layangkan minda kalian untuk kita kongsi bersama di kotak komen...
POKOK
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
* Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang *
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok
p/s : agak2 nyer lepas nie kluar lgu ttg ape plak ea tjuk nye??? hehe......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan