Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Isnin, 20 Jun 2011

Uji Kepantasan Anda Menaip


Sesuatu yang menarik terutama buat mereka yang suka bermain dengan perkataan atau suka mencabar diri sendiri. Keybr.com merupakan perisian berasaskan web yang dijalankan terus pada browzer anda. Anda tidak perlu memuat turun atau memasang apa-apa pada PC. Hanya kunjungi alamat URL Keybr.com, pastikan berhubung dengan Internet dan anda sudah boleh memulakannya.

Sebenarnya Keybr.com direka sebagai sebuah permainan flash yang menguji kepantasan anda menaip. Anda boleh memilih perkataan secara rawak yang disediakan Keybr.com dan cuba menaipnya sepantas dan setepat mungkin. Ia bukan sahaja melatih anda menaip pantas, tetapi ‘pengajar’ talian ini memastikan anda melakukannya dengan cekap dan efisien secara menandakan merah kepada setiap kesalahan dan merekod kecekapan anda. Malah graf prestasi turut disediakan untuk anda melihat pencapaian dari semasa ke semasa dalam memastikan nama anda tersenarai sebagai jurutaip terpantas di sini.

Aplikasi ini ringkas sahaja di mana anda mulakan dengan memilih pelajaran asas menaip terlebih dahulu dan bergerak kepada yang lebih mencabar. Anda boleh memilih bahasa perkataan untuk ditaipkan seperti English, Espanol, Deutsch, Italiano dan Portugues. Belum ada lagi perkataan dalam Bahasa Melayu disediakan di sini.

Sekiranya anda bosan dengan perkataan yang sama berulang, Keybr.com juga menyediakan penyelesaiannya. Anda boleh bermain secara mod Custom di mana anda boleh edit dan menentukan teks untuk anda praktis. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mengimpoet kandungan daripada laman web, blog atau mana-mana sumber untuk anda cuba menaipnya. Tidaklah anda bosan dengan cabaran yang sama setipa masa. Malah anda boleh cuba menaip perkataan dalam Bahasa Melayu dengan cara ini.

Mungkin ada yang bertanya mengapa perlu bersusah payah untuk menaip? Jawapannya mudah sahaja. Selain praktis ini menyeronokkan, anda juga boleh menjadi lebih cekap dalam menaip, berupaya menaip pantas dan mampu menjalankan lebih banyak program komputer dengan mudah selepas ini. Semuanya boleh bermula dengan latihan di Keybr.com. Cubalah sendiri untuk mempercayainya.

p/s : lepas nie kalau suruh buat web programming sure pantas & tuntas jari jemari anda semuakan....hihi^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!