Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Rabu, 22 Jun 2011

Senarai 10 Web Browser Yang Jarang Didengari

Salam..kenapa kebanyakan orang menggunakan perkataan web browser berbanding pelayar? ada juga yang bertanya ya..hmm..senang aje..sebab rata-rata keyword atau kata kunci yang datang ke blog semuanya taip 'web browser' dan bukan 'pelayar web', apatah lagi 'pelayar laman sesawang'..hahaha..jarang ada orang yang menggunakan kata kunci sebegitu..jadi untuk memudahkan anda semua sampai kepada blog ini, kata kunci WEB BROWSER adalah yang terbaik untuk digunakan kerana semua orang faham.

Baiklah..tengok tajuk tu..macam gempak kan? percayalah, memang gempak sebab senarai 10 web browser ini walaupun bukanlah yang terbaik, terhebat, mahupun terpantas ataupun paling laju di dunia, namun, kalau kita adalah orang yang tidak sukakan statik, dan mahu mencuba sesuatu yang baru dalam hidup, maka web browser-web browser dibawah adalah sangat wajar dicuba..PERCUMA sahaja..jadi tidak ada sebarang kerugian kalau mencubanya..kalau tak suka? kalau tak suka, KEKALLAH dengan web browser yang anda pakai sekarang ini..tak marah pun~

Kita selalu menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome, Safari, Opera. Tidak lupa juga Internet Explorer (yang masih kekal lambat walaupun ada ura-ura mengatakan akan keluar versi 10). 'Peperangan' antara web browser utama di dunia ini adakalanya merimaskan, kerana apabila masing-masing sibuk dengan fungsi yang pelbagai, ada pengguna yang hanya mahukan 'sesuatu' yang unik berbanding fungsi-fungsi yang biasa seperti add-on, skins, sekuriti, dan lain-lain..

Oleh itu, kat sini di senaraikan 10 web browser yang jarang didengari apatah lagi nak digunakan (ya lah..dah tak pernah dengar macam mana nak guna, ye tak?) beserta dengan beberapa lagi web browser BONUS yang MISTERI..kenapa misteri? sebab jenuh cari homepage dan download link tapi rupa-rupanya memang tak ade! haktuih~!

hehehe..


Stainless ialah web browser yang dicipta sebagai respons kepada Google Chrome..cantik kan? hahaha..satu daripada kelebihan Stainless ialah anda boleh log masuk ke dalam satu laman web dengan menggunakan dua akaun pada dua tab yang berbeza..

Sistem Operasi yang disokong oleh Stainless : OS X Leopard & Snow Leopard. yang lain? Saya pun masih belum cuba..ye la..10 buah web browser tu!


Saya dah pernah buat review pasal Maxthon..

sila klik di sini untuk membacanya ---> Maxthon 3.0

Sistem Operasi yang disokong: Windows


Sleipnir ni web browser yang telah dicipta oleh orang-orang dinegara matahari terbit, iaitu Jepun. tak banyak yang saya boleh cakap mengenai Sleipnir. korang cuba la sendiri kalau nak tahu lebih lanjut..reka bentuknya simple..dan boleh ditukar-tukar skin..boleh dicuba la senang cerita..heheh..

Sistem Operasi yang disokong : Windows 98 ke atas



Ni nampak macam web browser ciplak kepada Firefox..tapi ia bukan tiruan..ianya asli tetapi reka bentuk/paparan antara mukanya memang lebih kurang sama atau boleh dikatakan sama dengan firefox versi lama-lama..old school gitu..hahaha..

pembangun web browser ni mengatakan ia lebih pantas..tak berani nak komen sebab tak cuba lagi..nanti peminat Firefox 4 marah pulak! jadi macam biasa la..korang pergi cuba sendiri..

Sistem operasi yang disokong: Linux. yang lain tak pasti nohhh..

Web browser ni tak payah cerita lagi la..dah berbuih mulut dengan jari saya duk cerita pasal web browser Lunascape. sampai sekarang saya tak pernah pakai web browser lain lagi dah..hati dah tertambat dengan web browser ni sebab kepantasan dan fungsinya!

nak baca ulasan saya? klik di sini ---> Lunascape6

Sistem operasi yang disokong: Windows



mesti korang heran kan? apeke buruk benor namanya..itulah realiti..memang buruk..tapi nampak macam bagus..web browser ni sesuai untuk pengguna Linux yang inginkan web browser pelbagai fungsi..

Sistem operasi yang disokong : Linux



Monyet laut? apakah?? hmm..ya..Seamonkey..web browser yang telah dibangunkan oleh Mozilla..web browser ni, saya tiada komen..sebab tak faham sangat tujuan pembangunannya..ntah!hahaha...

Sistem operasi yang disokong: Windows 2000 ke atas (terbaru), Mac OS X 10.4 ke atas (terbaru), & Linux.


Reka bentuk yang cantik ala-ala web browser Safari! itulah yang mampu Mr.Hac katakan..ia menggunakan enjin webkit sebagai asas kepada pelayaran internet..

Sistem operasi yang disokong: Mac OS X 10.4.8 ke atas (terbaru)



Camino ialah web browser yang dibuat khas untuk pengguna Mac yang sukakan Firefox..reka bentuknya juga ada ala-ala Safari gitu..ish3x....hehehe

Sistem operasi yang disokong: Mac OS X 10.4.8 ke atas (terbaru)

10. Flock


Ah..malang sekali..Flock adalah web browser yang bagus kerana ia menumpukan kepada jalinan laman-laman sosial..sama seperti web browser Rockmelt..namun ia telah ditamatkan pembangunannya..pembangun Flock sedang menumpukan kepada projek permainan (Game)..jadi terang panjang-panjang pun tak guna..kesian..-_-
Sistem operasi yang disokong : Windows, Linux, Mac OS X

Web browser Bonus:





5. Canure <--- Ni lah dia web browser yang misteri tu! link download pun daripada Mediafire! Laman pembangun pun tak ada..!! apekah??

6. SRWare Iron (Sila cari ulasan berkenaan web browser ini dalam blog Mr.Hac ni)

7. PhaseOut <--- ni lagi satu web browser yang misteri! pun tak ada halaman pembangun dan link download pula dari 4shared!





p/s : Rasanya cukuplah setakat itu sahaja buat hari ini..ada banyak lagi sebenarnya dalam senarai ni..tapi cukup lah yang ada dalam entry ini untuk dicuba oleh anda semua....tapi masalahnya anda semua nak ke try semua web browser kat atas nie???hehehehe...^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!