Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Rabu, 30 Disember 2009

"RAHSIA JUMAAT 2009"

ISTIMEWANYA 2000 KERANA PADA TAHUN ITU KITA MERAIKAN AIDILFITRI SEBANYAK 2 KALI. ISTIMEWA 2009 PULA KERANA ADANYA TARIKH 09.09.09.

TARIKH ITU CUMA DATANG SEKALI SEUMUR HIDUP. LALU SERAMAI 99 PASANGAN TIONGHUA BERKAHWIN DI JOHOR BAHRU, DI SG PETANI 61 PASANGAN DAN DI GENTING HIGHLANDS PULA SERAMAI 34 PASANGAN DARI CHINA MENAMATKAN ZAMAN BUJANG DI SINI YANG BERTEMAKAN NURTURING YOUR DIAMOND. NASIB BAIK IA JATUH PADA BULAN RAMADAN, JIKA TIDAK PASTI RAMAI PASANGAN MELAYU BERNIKAH PADA MASA ITU.

BAGAIMANAPUN SELAIN 090909, BAGI SAYA 20092009 LAGI UNIK, APATAH LAGI IA JATUH PADA HARI PERTAMA UMAT ISLAM DI SINI MERAIKAN AIDILFITRI.LEBIH DARIPADA ITU, 2009 YABG CUMA BERBAKI BEBERAPA HARI LAGI MENGHADIRKAN PERAYAAN PENTING JATUH PADA JUMAAT.

SEMEMANGNYA JUMAAT ADALAH HARI KEBESARAN ISLAM YANG DIGALAKKAN KITA UNTUK MEMPERBANYAKKAN BERTASBIH SERTA MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT PADA MALAM JUMAAT LAGI. PERMULAAN 2009 JATUH PADA KHAMIS BERMAKNA PADA MALAM JUMAAT 1 JANUARI SUDAH DIPANJATKAN DOA DAN CUTI BEKERJA, LALU HARI PERTAMA BEKERJA DENGAN SEMANGAT BARU ADALAH PADA 2 JANUARI IAITU JUMAAT.

MAULIDUR RASUL PADA 9 MAC DAN ISRAK MIKRAJ PADA 20 JULAI, NUZUL AL-QURAN PADA 7 SEPTEMBER DAN AIDILFITRI PADA 21 SEPTEMBER SEMUANYA JATUH PADA ISNIN DAN SEMEMANGNYA BAIK UNTUK PERMULAAN HARI. AWAL RAMADAN PULA PADA SABTU TETAPI PADA JUMAAT 21 OGOS, SOLAT TARAWIH DIMULAKAN MALAM PERTAMA, SEKALI GUS CUTI SEKOLAH.
MENARIKNYA APABILA AIDILADHA DAN AWAL MUHARAM 1431 HIJRAH JATUH PADA 27 NOVEMBER DAN 18 DISEMBER SERTA KRISMAS PADA 25 DISEMBERN – SEMUANYA JATUH SECARA KEBETULAN PADA HARI JUMAAT. LEBIH BERMAKNA 1 JANUARI 2010 YANG AKAN KITA RAIKAN CUMA BEBERAPA HARI BERMULA JUMAAT DAN YANG LEBIH INDAH MAULIDUR RASUL PADA 26 FEBRUARI JUGA JATUH PADA JUMAAT. SEMOGA UMUR KITA PANJANG UNTUK AIDILFITRI TAHUN DEPAN(2010), IA AKAN JATUH PADA 10 SEPTEMBER IAITU JUMAAT JUGA, BAGI UMAT ISLAM BESAR GANJARANNYA DI SEBALIK RAHSIA JUMAAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

  • HILANG - ramai sahabat keluarga bahagia tapi kenapa kosong? kau ketawa kau tersenyum kau melangkah jauh hidup kau tiada cela manusia mendengki tapi mereka tak tahu...
    Setahun yang lalu
  • Sudut SIHAT - Dengan Nama Allah yang MenguasaiSeluruh Hati-Hati Insan Gelagat manusia sejagat. Ada yang sihat, sakit dan semakin tenat. Namun begitu, sakitnya tidak pula ...
    Setahun yang lalu

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!