Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Ahad, 13 November 2011

Aku Maafkan Kamu........

 Assalamualaikum, malique+feat+Jamal Mesej Dalam Lagu | Aku Maafkan Kamu   Malique Feat Jamal AbdillahSekejap je dah hari Ahadkan dan agak lama jari jemari tidak menulis so terimalah nukilan ini.  Masa tinggalkan kita tanpa menghiraukan kita berbogel menuju berjumpa tuhan.  Halamak tetiba terpuitis.  Bukan puitis kosong-kosong tau.  Bila fikir balik memang kalau nak ikutkan kita belum bersediapun untuk berjumpa pencipta tapi masa tak bagi peluang untuk kita betulkan keadaan kita.  Masa laju tinggalkan kita.  Semalam masa balik dari kerja saya terdengar single terbaru Malique.  Mamat ni memang saya punya idola dalam bermadah.  Dia punya lirik bukan junk tapi ada mesej.  Pernah dengar lagu Aku Maafkan Kamu?  Kalau belum saya bagi korang dengar dulu



Aku Maafkan Kamu – Malique feat Jamal Abdillah [Download Here]
Amacam best tak? Lirik dia memang dalam tapi bagi saya mungkin saya faham sikit. Apa? Tak dapat catch up lirik… Ok saya bagi lirik jugak…

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
[Lirik Credit to Myliriklagu]
So puas?  Siap lirik saya bagi korang.  Ada something yang Malique nak sampaikan dalam lirik ni.  Serius lirik dia memang ada kene mengena dengan perjalan hidup saya dulu.  Jumpa macam-macam orang yang sebenarnya sama jahil macam saya tapi tunjuk depa bagus dan kononnya tau segala.  Tau nasihat orang tapi diri sendiri pun tak betul.  Hukum orang atas kesalahan orang tu tapi bila dia buat salah takde siapa berani nak bersuara dan bila ada orang bersuara maka ‘padam’ lah orang tu.  Macam yang ada dalam lirik ni :
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Dalam sebenarnya potongan lirik ni.  Bila orang yang jahil duduk ditakhta maka kita confirm kena tindas.  Tapi itu cerita dulu.  Lupakan segala isyarat lupakan segala pantun sekarang saya aman tanpa ikatan yang telah bikin hidup jadi sasar.  Apa-apapun Aku Maafkan Kamu….

Melalui tajuk lagu nya sahaja sudah membawa 1001 makna....
p/s : Teringin nak jumpa Malique dan jadi Penulis yang hebat…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!