Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Rabu, 26 Oktober 2011

sedang dalam proses pembelajaran


Assalamualakum & selamat pagi semua tak kira di mana jua anda berada semoga terkabarnya sihat bersama insan tersayang serta keluarga tercinta. Rasanya agak lama tidak mengupdate entry nukilan sendirikan sebab kebanyakan entry sebelum ini copy paste dek kerna kekangan waktu yang membantutkan usaha untuk mengupdate entry yg baru. Dalam diam tanpa disedari masa berlalu begitu pantas tahun 2011 hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk meninggalkan kita tapi bukan itu yang mahu dikongsikan disini untuk sekadar perkongsian dipagi nan indah lagi menyegarkan ini secara tidak sengaja hati dan minda bersatu untuk membuat entry terbaru.


Melangkahnya ke semester yang baru ini pelbagai dugaan dan cabaran harus di tempuhi demi mencapai cita-cita menggengam segulung ijazah. Sememangnya amat terasa terbeban dengan semua ini tapi bak kata emak "Belajarlah daripada Pengalaman sekarang kerna ia akan mendewasakan kita". Kata-kata itu menjadi kunci pegangan untuk terus mengharungi onak duri liku-liku kehidupan.

Agak janggal juga pada mulanya kerna sem ini boleh dikatakan banyak juga aktiviti telah dilibatkan penyertaan sampaikan ada sekali itu penuh dengan Mesyuarat dalam masa seminggu setiap malam tapi itu lah pengalaman namanya. Itu belum lagi dengan jawatan yang telah disandang dari pada Rakan Exco ke Exco dll lg semua itu adalah satu pengalaman baru.

Antara aktiviti yang telah berjaya dijayakan seawal pembukaan sem sehinggalah ke hari ini terlalu banyak dan tak terkira rasanya. Walaupun sedikit kepenatan tetapi ianya memberikan 1001 kepuasan tidak terhingga.
Rasanya setakat ini sahaja perkongsian kita nantikan entry berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan sekitar sem ini.

p/s : Langit tak selalunya cerah setiap hari adakalanya ia menangis jua ke bumi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!