Nampaknya Salam Lebaran semakin hampir menjelma tidak lama lagi... seperti kebiasaannya juadah Biskut Raya memang tidak dapat dipisahkan oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia khususnya... Oleh itu untuk tahun ini pembuatan kuih raya tidaklah seaktif dan sebanyak seperti tahun-tahun sebelum ini kerana kenaikan harga bahan mentah yang begitu amat ketara pada tahun ini sehinggakan ramai pembeli merungut akan hal ini.... tapi apakan daya kalau tak buat kuih raya sendiri terasa kekurangan sesuatu oleh itu nak tak nak terpaksa jugalah beli dan buat kuih raya... walaupun ada yang berkata zaman sekarang dah mudah semua beli kuih tunjuk jew...hehehe
Untuk tahun ini saya dan mak hanya membuat beberapa jenis kuih raya sahaja yang menjadi kewajipan menjelang hari raya tapi bukanlah kuih raya yang moden-moden macam zaman sekarang sebab kuih raya yang lama lebih mengamit memori semasa proses pembuatannya sehinggalah kepada orang yang memakannya bak kata pepatah "Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas"...hihihi
Berikut merupakan antara kuih raya untuk tahun yang sempat dihasilkan walaupun tidak banyak tetapi terpancar wajah keseronokan dan keceriaan bonda tercinta setelah selesai menghasilkannya... :D
1. Biskut Matahariku
*satu-satunya biskut pertama kali mak cuba membuat sebab mak memang terlalu minat dengan Pokok Matahari.
*paling seronok ketika membuat biskut ini secara kebetulan DJ radio memainkan lagu Agnes Monica ~ Matahari memang meriah betul saat itu...hehe
2. Almon London
*merupakan kuih raya yang mesti ada sebab budak-budak kecil sehingga dewasa memang minat kalau makan kuih ini sebab apa sudah tentulah kerna bila makan kuih ini ibarat berada di Kota London... kekekeke^^
3. Buah Kana (i)
*ini merupakan kuih raya kegemaran Arwah Nenekku setiap kali menjelang hari raya pasti kuih ini tak akan terlepas untuk membuatnya... ^_@
4. Buah Kana (ii)
*walaupuan pembuatan buah kana ini agak leceh sebab ada dua belah yang perlu dicantumkan dengan Jem Nenas dan memakan masa yang agak lama jika membuatnya sendirian...
5. Buah Kana
*inilah rupanya buah kana yang telah siap dicantumkan so anda semua mesti dapat agak kalau buat sendirian nie kompom 2 3 hari baru siapkan...kuikuikui #_%
6. Biskut Semperet
*ini pula biskut kegemaran mak dan bapak ku setiap tahun Semperet pasti akan dibuatnya walaupun sedikit asalkan ada di Hari Raya...
*jangan tak percaya taw dengan semperet inilah mak ku dapat menjana pendapatan menjelang hari raya pada tahun-tahun sebelum ini disebabkan permintaan daripada orang ramai baik di kampung mahupun di KL....
7. White Compleks
*aha inilah biskut paling senang dan pantas untuk membuatnya tanpa perlukan ketuhar cukup dengan hanya 4 barang sahaja seperti Compleks, Coklat Putih Beku, Cup dan Gula Hiasan...
*nampak begitu mudah bukan so apa tunggu lagi selamat mencuba... hohoho ^^^
8. Sweet Love
*seperti yang dijanjikan pada rakan ku yang saya akan membuat biskut raya khas untuk beliau dan pasangannya sebab itu namanya pun Sweet Love..hehehe
*tak lupa jua buat rakan-rakan yang bercouple lain bila anda merasa biskut ini pasti akan merasa Bahagia, Manis dan Ceria seperti bersama insan yang tercinta...hihi @_@
P/S : itu sahajalah antara kuih raya yang sempat buat pada tahun ini kalau ada yang berminat untuk menempahnya insyallah pada tahun hadapan mak cakap akan buat untuk berjual semula jika panjang umur dan murah rezeki serta bahan-bahan mentah murah ea..hihihi
*~Akhir kata penutup bicara "Jemputlah Datang ke Rumah Raya nie nanti ea...wink wink wink^^
siyesly..mcm terliur jer tengok biskut matahri tuh hahaha..Cikgu , bawa ler balik upsi nanty yerk agih2 kat kawan2 haha
BalasPadammak aih.... sedap yoo..
BalasPadammak ko suka pokok matahari?? mesti dia ana lu'lu.. hahahah..
almond london tuh buat mata aku bercahaya jaa... hahah