Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Selasa, 14 Jun 2011

Pak Lang yg Kawwwww Timmmmmm!!!

*Walaupun agak terlewat ku menonton Konsert AF9 Akhir secara live semlm tetapi dpt jua ku menonton nyer td so rse tergerak plak aty nak tlis entri pasal insan yg bernama HAZAMA aka Pak Lang...
  Beliau semmg nya Internasionaleyyyyyyyy!!!!!
Selamat membaca yeee cebisan di pg hari....hihi... (Kawwww Timmm)
Siapa pun tak sangka, penyanyi Hazama yang pernah tersingkir daripada Akademi Fantasia 4 kini telah pun bergelar juara untuk Akademi Fantasia musim terakhir, musim ke-9. Mungkin ada yang merasakan ia tidak adil buat peserta lain, namun itulah namanya rancangan realiti. Segalanya boleh berlaku.

Tiada siapa yang boleh jangka, Hazama boleh bergelar sebagai juara walaupun selepas 5 tahun berkecimpung dalam industri nyanyian. Mungkin sudah ditakdirkan rezeki, Hazama beserta Fina telah diserap semula dalam AF9 ketika Operasi Gugur berlangsung. Tidak melepaskan peluang, kami lihat Hazama bijak mengatur strategi sehingga berjaya menarik ratusan ribu penonton untuk mengundi dirinya.


Menurut sumber dalaman, kehadiran Hazama dalam AF9 secara tidak langsung membantu meningkatkan rating penonton. Ya, itu strategi pihak penyiaranan, kami pun setuju juga.
Lagu Pukau nyanyian asal Tomok telah dipersembahkan oleh Hazama, sekaligus memukau mata penonton yang hadir di Dataran Putrajaya, malam semalam. Orang kata, memang lagu Pukau tu berhantu, ditambah lagi dengan suara Hazama yang bernota tinggi, mengamit halwa telinga pendengar.

 
Atas kemenangan ini, Hazama membawa pulang sebuah trofi, wang tunai RM 200000, hamper & wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000 dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.
 Lagu kedua berjudul Cinta Teragung merupakan single terbaru Hazama juga tak boleh dipandang enteng. Sekali dengar, ada pengaruh susunan muzik kumpulan Dewa sikit. Memang umpph!!! & catchy sekali sesuai dgn suara beliau serak2 basah....................
*so buat anda smue trimalah MTV dr HaZaMa~Cinta Teragung (sekali dgr pasti tertawan).... hehehe


p/s : Dimana Ada Kemahuan Kelak Pasti Akan Berjaya Pokok Pangkal Nya Jgn Mudah Pts Asa...sekian,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!