Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Jumaat, 24 Jun 2011

152,000 Pelajar Dihentikan Pinjaman PTPTN!!!


TEMERLOH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.

“Mereka sebelum ini adalah pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNGK.

“Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK 2.0 ke atas dalam peperiksaan berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada seramai 100 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang layak memasuki IPTA dan IPTS di Jengka dekat sini, hari ini.

Setakat ini, Ismail berkata, PTPTN memberi pinjaman sebanyak RM38.69 juta kepada seramai 1.75 juta pelajar.


Dalam pada itu, katanya, PTPTN melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lalu.

“Tindakan menyenaraihitamkan mereka yang liat membayar pinjaman diteruskan dan sehingga kini seramai 132,180 orang berada di bawah senarai berkenaan,” katanya.


Katanya, seramai 12,400 peminjam membayar balik pinjaman dengan kutipan berjumlah RM113.9 juta. – BERNAMA

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

  • HILANG - ramai sahabat keluarga bahagia tapi kenapa kosong? kau ketawa kau tersenyum kau melangkah jauh hidup kau tiada cela manusia mendengki tapi mereka tak tahu...
    Setahun yang lalu
  • Sudut SIHAT - Dengan Nama Allah yang MenguasaiSeluruh Hati-Hati Insan Gelagat manusia sejagat. Ada yang sihat, sakit dan semakin tenat. Namun begitu, sakitnya tidak pula ...
    Setahun yang lalu

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!