Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat islam telah pun tiba. Setiap tahun pasti kita sebagai umat islam wajib menjalani ibadah puasa selama sebulan di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri. Dalam diam tak diam agak lama juga saya tidak mengisi kekosongan entri blog setelah sekian lama akhirnya tiba jua saat dan ketika masa yang diberikan oleh tuhan untuk saya kembali menulis ceritera pada blog saya ini.
Tidak dapat dinafikan terlalu banyak urusan yang perlu saya lakukan ketika musim cuti sem bersama keluarga tercinta pada kali ini sehinggakan blog ini seakan-akan dilupakan. Tapi tidak mengapa kerna terlalu banyak cerita ingin saya kongsikan kepada anda semua. Diharapkan anda semua nantikan tidak lama sahaja lagi. (hihihi)
Terdetik untuk saya kembali menulis blog pada hari ini adalah setelah membaca sebuah hasil nukilan daripada seorang hamba allah yang amat saya kagumi & sukai sebelum ini. Tapi apa kan daya kita mampu merancang takdir menentukan segala-galanya. Lumrah dalam kehidupan bahawa beliau telah atau sememangnya telah berubah secara total ke jalan allah. Syukur alhamdullilah diucapkan kepada beliau semoga ianya berkekalan keakhir hayatnya. Aminnnnnnnn…..
Untuk entri yang baru ini tidak banyak untuk saya menulis sebab terlalu banyak cerita “Gembira, Tangis, Tawa, Hiba, Suka, Duka” yang telah dilalui sepanjang perkenalan itu sememangnya terlalu sukar untuk dilupakan sehingga ke hari ini. Semoga bertemu lagi suatu hari nanti jika takdir menentu segala…
Akhir kata, kerna ku tahu “2 Dunia Kita Berbeza”….de 9W2VSI, 73 & 88…^^
P/s : Selamat Bersahur, Berpuasa, Berbuka & Terawih buat umat islam semua tidak kira dimana jua kalian berada….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan