Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Selasa, 29 Mei 2012

Pengorbanan Hati


Pengorbanan memang amat pedih untuk di telan kerana kita terpakasa melaluinya secara sendirian, tapi pengorbanan boleh membuatkan seseorang yang lain itu gembira dan sentiasa gembira. Kadangkala kita juga tidak seceria mereka, tapi yang penting kebahagiaan dia adalah kebahagiaan kita juga. Itulah yang selalu kita fikirkan apabila kita cuba berkorban demi kebahagiaan si dia.
korban hati

Pengorbanan dalam cinta memang perit yang kita kena lalui, walaupun orang yang kita cintai itu terpaksa kita korbankan Ini merupakan satu pengorbanan yang sangat perit buat kita walaupun kita susah untuk menerimanya. Adakalanya ada pengorbanan lain yang terpaksa kita korbankan demi menjaga satu-satu hubungan itu dan perlulah kita lakukan demi insan yang kita cintai, walaupun kita terpaksa berkorban untuk membuat setiap keputusan supaya dapat membahagiakan si dia tapi kita tetap akan menyayanginya.


Tidak semestinya setiap keputusan yang kita buat itu boleh diterima oleh dia kerana dia juga mempunyai prinsip hidup sendiri, walaupun apa yang kita fikirkan itu adalah untuk kebaikannya malah hubungan itu sendiri, namun ada antaranya tidak dapat diterima oleh si dia kerana bertentangan dengan kehidupan si dia, malah setiap kali membincangkan satu-satu perkara itu susah untuk mendapat persetujuan bersama.
Love

Apabila kita sering bergaduh dan memikirkan masalah yang ada, kita selalunya akan menyalahkan diri kita sendiri kerana kita tidak mahu si dia berasa bersalah dengan setiap perkara yang berlaku. Walaupun kita tahu apa yang kita hendak hanyalah untuk kebaikan si dia dan hubungan yang terbina, inilah yang sering terjadi dalam kehidupan kita.

Ada yang terpaksa mengalah dan ada yang hendak mempertahankan keputusannya, memang pening untuk kita fikirkan perkara yang sedemikian seperti ini, tapi bila kita telah mempunyai kekasih kita haruslah cuba berubah kepada seseorang yang lebih matang walaupun kehidupan yang kita lalui adalah berbeza kerana setiap percintaan itu memang memerlukan pengorbanan namun haruslah kita tangani dengan baik demi menjaga hati masing-masing. Seseorang yang telah bercinta haruslah cuba untuk menerima setiap keputusan setiap pasangannya supaya perbincangan yang aman dapat dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!