Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Sabtu, 8 Oktober 2011

Dapatkan Semula File Yang Terdelete atau Hilang



Pernah terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan "Recover") adalah perisian yang admin akan sarankan kepada korang semua untuk mendapatkan semula file korang yang hilang.



 Sama ada korang terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive korang,
recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal.


 Selain kelebihan tersebut,
recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk korang muat turun.


 Cara menggunakannya amat mudah :

1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.

2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.

3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.

4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.

5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.

Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan Klik "Download".

Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.

OK, selamat mencuba dan semoga berjaya....

p/s : rasanya inilah software paling cepat & free... mudah untuk digunakannya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

  • HILANG - ramai sahabat keluarga bahagia tapi kenapa kosong? kau ketawa kau tersenyum kau melangkah jauh hidup kau tiada cela manusia mendengki tapi mereka tak tahu...
    Setahun yang lalu
  • Sudut SIHAT - Dengan Nama Allah yang MenguasaiSeluruh Hati-Hati Insan Gelagat manusia sejagat. Ada yang sihat, sakit dan semakin tenat. Namun begitu, sakitnya tidak pula ...
    Setahun yang lalu

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!