Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Selasa, 23 Ogos 2011

~Resipi Biskut Almon London~ "HanMiza"


~Biskut Almon London HanMiza~

Bahan-bahanya ialah :

Bahan-bahan ini cukup untuk menghasilkan 2 Doh

  1. 2 Ketul ButterCup (Bran ButterFly)
  2. 6 Cawan Tepung Gandum
  3. 1 Cawan Tepung Kek / Tepung Biskut
  4. 1 Cawan Gula Hangus
  5. 3 Biji Kuning Telur
  6. 2 Camcha Teh Perisa Vanila
  7. 1/2 Cawan Tepung Jagung
  8. 1 Camcha Teh Baking Powder
Cara-cara membuatnya seperti :

A) Almon London~

  1. Pukul Butter+Gula+Telur+Vanila+Baking Powder sehingga sebati.
  2. Masukkan Tepung Gandum+Tepung Jagung+Tepung Biskut.
  3. Bila sudah menjadi "Doh" Kepalkan ia berbentuk bujur atau bulat dan intikan buah badam (sebiji atau separuh).
  4. Sebelum di intikan dengan buah badam hendaklah dibakar didalam oven.
  5. Kemudian bakar di Oven sehingga masak.
  6. Setelah selesai bakar sejukkan ia sebentar.

 B) Coklat/Sadurnya~

  1. Cooking Coklat Beku 2 ketul
  2. Masak air didalam periuk atau kuali.
  3. Kemudian masukan 2 ketul coklat kedalam bekas still/periuk kecil.
  4. Hangatkan coklat itu tadi di air yang mendidih dikuali dan kacau sehinnga cair (sebati).
C) Celup Almon London~

  1. Setelah selesai membuat Almon London dan masukkan kedalam adunan coklat yang telah dicairkan itu tadi.
  2. Celup satu persatu jika mahukan Almon London itu mempunyai coklat yang banyak (baru sedap).
  3. Selepas siap celup masukkan Almon London kedalam Cup kertas seperti gambar diatas.
  4. Kemudian taburkan Badam yang telah dicincang  seperti gambar diatas.
  5. Akhir sekali sejukkan sebentar sebelum disimpan atau dihidangkan kepada orang ramai.
p/s : Maka siaplah Biskut Almon London jadi tunggu apa lagi "Selamat Mencuba" ^^...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!