Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Selasa, 17 Mei 2011

Surat “cinta” sempena hari guru


Cikgu saya hormat pada cikgu, tapi kadang kadang saya sukar untuk mengikuti peraturan sekolah dan cikgu, kerana cikgu dan sekolah sangat cerewet. Jadi, pada hari guru ini, saya nak cikgu ambil tahu amaran saya ni.



1. Saya nak pihak sekolah sediakan satu track badminton, sebab saya tak minat bolasepak


2. Hampir sama, saya nak cikgu lebih adil masa PJPK, saya nak cikgu jangan dok main bola jer, sebab bukan semua students minat bolasepak, macam saya ni..


3. Saya nak cikgu jangan bagi kerja sekolah terlalu banyak, sebab saya tak ada masa nak buat kerja sekolah selama berjam-jam dan korbankan masa terluang saya dengan membuat ulangkaji cikgu yang entah pape..


4. Saya nak pihak sekolah panjangkan masa rehat kepada satu jam, sebab saya tak dapat buat-apa dalam masa yang singkat itu.


5. Saya nak orang gemuk dan tinggi duduk di belakang, sebab kalau orang gemuk dan tinggi didepan saya tak nampak.


6. Saya tak nak cikgu kaitkan politik masa mengajar, sebab saya akan jadi panas, and bila saya panas saya perlukan kipas yang banyak dan itu akan menyusahkan cikgu, kerana cikgu terpaksa mencari kipas untuk saya.


7. Saya nak pihak sekolah mainkan lagu Maher Zain masa perhimpunan, sebab saya nak para pelajar supaya insaf apabila dengar lagu Maher Zain.


8. Saya nak duduk didepan masa perhimpunan, sebab kalau saya duduk dibelakang saya akan diusik oleh pelajar-pelajar yang nakal lagi jahat.


9. Saya nak pak guard pegang kunci motor saya, sebab kunci motor saya selalu hilang apabila berada ditangan saya


10. Saya nak cikgu cakap Bahasa Melayu apabila apabila mengajar Bahasa Inggeris, sebab saya tak faham bahasa Inggeris!!.

Semua ini adalah luahan hati seorang pelajar kepada gurunya semata-mata tiada kena mengena antara realiti ataupun fantasi.... Sekian,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!