Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Jumaat, 4 Mac 2011

Kartun~Kartun~Kartun~Sepjg Zaman~

Dahulu di kala aku masih di bangku sekolah rendah, masa pergi sekolah pakai beg swan, kasut pallas twinkle dan dalam poket ada bola tennis untuk main ‘beduk’ kat tengah padang dengan kengkawan, aku masih teringat akan kebangkitan siri animasi tempatan yang dipelopori oleh siri Usop Sontorian keluaran Kharisma Publications. Selepas kejayaan siri Usop Sontorian ke udara di stesen televisyen tempatan, muncul beberapa siri animasi tempatan yang memenuhi slot tayangan televisyen. Siri-siri animasi tempatan yang muncul pada ketika penghujung dekad 90-an amat mengesankan kepada aku dan kanak-kanak seusiaku pada ketika itu.

1. Usop Sontorian

Hasil cetusan idea salah seorang kartunis otai Malaysia, brader Ujang. Siri tersebut aku rasa adalah siri animasi yang pertama ditayangkan di stesen televisyen Malaysia. Aku tak tau diorang ni buat animation pakai software aper time tu. Cuma apa yang aku rasa, masa tu nak buat animasi kat Malaysia time tu memang susah. Bidang IT tak berkembang lagi masa tu. Cerita Usop Sontorian ni berkisar tentang kisah seorang budak bernama Usop yang tinggal di kampung di Parit Sonto. Tiap-tiap episod ni mesti memang ada lawak punya. Lawak style Majalah Ujang time tu, memang sempoi, kalau korang baca curi-curi kat kedai mamak pun boleh bantai gelak guling-guling. Watak yang paling best dalam cerita tu, Singh. Aku tak tau apa nama lain dia. Best sebab suara dia ada iras-iras Accapan. Mula-mula aku ingatkan Accapan yang kasi sumbangkan suara.

*Watak-watak lain, Dol, Abu, Ah Kim, Velu, Abang Bidin, Kak Kiah, itu je la yang aku ingat. *Episod yang paling aku suka, Main Rakit, sebab dalam episod tu ada macam adventure sikit.

2. Yokkies

Kisah sekeluarga makhluk yang berbentuk telur yang tinggal di dalam rumah berbentuk telur. Diorang ni makhluk asing kerdil agaknya. Aku tak folo sangat. Adik aku je yang suka layan time tu.

3. Man Spider

Dia punya promotion boleh tahan jugak. Selalu jugak tunjuk macam ‘The Making’ siri tu kat dalam rancangan-rancangan berbentuk dokumentari masa tu. Makan tahun jugak la tunjuk dia punya ‘The Making’ tu. Alih-alih senyap je. Tak tau apa cerita sampai sekarang. Tak siap lagi agaknya.

4. Sang Wira

Cerita pasal makhluk asing yang berbentuk rimau kaler biru. Kapal angkasa dia rosak pastu tersadai kat sebuah kampung di Malaysia, lalu berkawan dengan sorang budak. Ada barang canggih berbentuk macam jam tangan. Siri animasi ni ada macam janggal sikit pada pergerakan dia. Time jalan nampak laju, time berlari nampak macam perlahan pulak. Lagu tema dia,

~Sang Wira dari Planet Jingga~

5. Keluang Man

Batman versi Malaysia. Watak utama dia bernama Borhan adalah seorang pesakit mental dari Hospital Tumpoi. Malam-malam dia menyamar jadi Keluang Man untuk membanteras jenayah. Siap ada partner macam Robin lagi dengan nama samaran Tiong Man. Keluang Man ni terer silat. Episod paling best, masa lawan dengan samurai dari Jepun. Animasi Keluang Man bagi aku adalah yang paling cantik dalam episod tu.


---------------------------------------------------------------------------------------

Siri animasi Malaysia yang lain, aku dah tak berapa nak folo sangat sebab aku sudah semakin meningkat remaja masa tu dan semakin kurang tengok cerita katun Malaysia...huhuhu

1 ulasan:

  1. Waa..aku igt kat Usop Sontorian (trademark gigi mcm Halimah Jongang), Yokkies (aku hampir lupa citer ney tp refresh memori blk bila ko mention).. plg x dpt lupa ialah Keluang Man.. Dia bagai seorg pahlawan, mjadi pbela dgn sedaya upaya.. ^.^v

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!