Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Isnin, 14 Jun 2010

"Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg Memikul Nya"

Sumbangan Ikhlas Kepada Keluarga 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki...


"Dan Kami pasti akan mengujikamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yangsabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan“Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun”. Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orangyang mendapat petunjuk".(Al-Baqarah: 155-157)

Salam Sejahtera,

ASTRA Wilayah Tengah menganjurkan kutipan derma kilat untuk membantu 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki, base station Sg. Besar, bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung beliau.

-Dalam kemalangan yang berlakupada 11.00pagi hari Sabtu 5/6/2010, XYL beliau kemalangan jatuh motorsikal bersama 2 harmonik beliau.

-XYL beliau yang cedera parah di kepala telah dikejarkan ke Hospital T.A. Rahimah, Klang, harmonik lelakiberusia 6 tahun yang cedera parah di perut di hantar ke Hospital TelukIntan dan harmonik perempuan berusia 3 tahun menerima rawatan pesakitluar di Hospital Sabak Bernam.

-Setelah berbagai usaha pihak hospital menyelamatkannya gagal, XYL beliau telah menghembuskan nafasterakhir pada 6.00pagi Ahad 6/6/2010 .

-Jenazahnya telah selamat dikebumikanpada hari yang sama di tanah perkuburan Kg. Sg. Haji Dorani, Sg. Besar.

-Pada hari yang sama, harmonik lelaki beliau menjalani pembedahandi perut dan selesai pada 10:30malam dan keadaan beliau sudah stabil buat masa ini.

-Harmonik perempuan beliau masih dalam keadaan traumakerana kehilangan ibu tersayang dan juga kerana masih menyusu badan...

Menyingkapkembali sejarah 3 tahun lepas,

Saudara Zuki pernah kehilangan 3 harmonik serentak dalam kejadian lemas di kampung beliau di Ulu Mahang, Kulim, Kedah. (Sila lawat link dibawah.)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Sesungguhnyadugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Saudara Zuki amat berat terutama darisegi emosi. Semoga beliau tabah mengharungi kehidupan yang mendatang.Sumbangan dan pertolongan rakan-rakan amat bererti bagi beliau yangmungkin tertekan dalam keadaan sekarang. Derma ikhlas daripadaseluruh warga radio amatur atau sesiapa yang mengenali beliau bolehdisalurkan terus kepada akaun beliau.

Berikut adalah butiran akaun untuk menderma:

Bank : Maybank Berhad
Akaun no : 162049615412
Nama: Mohd Zuki bin Abdul Majid

Dalam hidup bermasyarakat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan arwah XYL serta keluarga kepada Saudara Zuki. Berilah saudara kita ini kekuatandan harapan agar tabah menghadapi kenyataan.

Dermalah seikhlasmungkin, Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik…"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orangyang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui".(2:261)

Al-Fatihah.
Sekian...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!