Welcome To My Amature Radio Web Site Nine Whiskey Two Victor Sierra India 9W2VSI QRT 73 & 88

Jumaat, 9 Oktober 2009

WORLD SCOUT JOTA 2009












Stesen JOTA PPM Daerah Sungai BesarCallsign : 9M4SJB
Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009Lokasi : S.M.K. Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor
Jambori Di Udara/Jamboree On The Air - JOTA - adalah aktiviti tahunan ahli pengakap dari seluruh dunia dapat berhubung melalui Radio Amateur atau Ham Radio. Melalui JOTA ini ahli pengakap dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Sejak tahun 1958, iaitu apabila JOTA pertama diadakan dan sehingga kini, berjuta ahli pengakap dari seluruh dunia telah dapat berhubung dan berkenalan melalui aktiviti ini, Ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam JOTA dapat berhubung tanpa mengira umur, bilangan peserta dan sebagainya. Pada kebiasaannya stesen radio dikendalikan oleh pengendali yang berlesen. Kebanyakkan pemimpin pengakap telah memiliki lesen dan mempunyai stesen radio masing-masing. Pada lazimnya JOTA akan diadakan pada minggu ketiga bulan Oktober setiap tahun JOTA akan bermula pada pagi hari Sabtu sehingga malam hari Ahad.
Kini, JOTA Pengakap Dunia masuk tahun ke-52. Sempena itu, PPM Sungai Besar, turut merancang bagi memeriahkan JOTA kali ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap. Pemimpin dan peserta diharap dapat datang pada masa yang ditetapkan supaya aktiviti JOTA dapat dijalankan seperti yang dirancang.
Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (9W2VVH) - 0192585759
Penolong Pesuruhjaya Daerah (Perhubungan)PPM Daerah Sungai Besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Nak Tahu Kena Klik Ok!

Dia Update, Kita Baca

Nak Cakap Jugak-Jugak!!!

Thanks for dropping by my blog. Bagi yang dah baca dan suka, sila la follow and put my blog kat your bloglist then tulis kat komen. Nescaya I will do the same. hehehe. Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, TAK PAYAH BACA lagi. Senang kan? Have a nice day~!!