Al-Kisah Maka Bermulalah 1 Cerita~jeng jeng jengggggggggggg.....
Ada tiga orang sahabat..Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.
Ali: Macam mana ni… rumah kita atas sekali pulak tu?
Abu: Aduhhhh… bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?
Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje… kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.
Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku… bla bla bla bla bla…

Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang… bla bla bla bla…
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih… punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk. Mamat: Alaaaaaa… korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Mamat: Emmmm… mungkin hari ini dalam sejarah…
Abu: Cerita aje le… kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.
Mamat: Aku sedih kerana… KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA…
bongekk!!!!!!!!!!! hahahhahaha
BalasPadam